Skip to main content

Pendahuluan

Perkauman adalah kepercayaan bahawa kemampuan dan ciri-ciri yang dikaitkan dengan manusia adalah berdasarkan kaum dan sesetengah kumpulan kaum itu lebih tinggi kedudukannya dari yang lain. Sejak kebelakangan ini terdpat banyak isu terutamanya berkaitan dengan kaum dan etnik di negara kita.Terima kasih kepada media sosial kerana dengannya orang mulai bebas bersuara, menghentam, mengkritik dan menuduh mana-mana kaum sesuka hati mereka. Sesetengahnya akan memuatnaik gambar atau video mengenai kejadian pergaduhan kaum yang berbeza, pertengkaran atau percanggahan pendapat untuk hiburan orang ramai dan mereka yang melihatnya akan menafsir dengan mudah. Sesuatu perkara yang baik jika Malaysia berada sama paras dengan negara maju dari segi kemajuan teknologi. Tetapi, apa yang merisaukan adalah perasaan kebencian dan ketegangan yang boleh terkumpul antara kaum yang boleh tersebar melalui cara ini. Apa yang sudah terjadi kepada negara Malaysia kita yang tercinta? Mengapa kita berubah menjadi taksub dan bersifat perkauman sedangkan dalam abad ke 21 ini kita seharusnya menuju ke era penyatuan dan kesamaan seiring dengan Wawasan 2020?




Di sebalik apapun imej yang ditunjukkan oleh sesetengah golongan yang mengatakan kaum Melayu adalah pekerja yang malas, kaum Cina yang mengejar kekayaan dan kaum India licik, namun tidak semuanya adalah tuduhan yang tepat. Dalam kehidupan sebenar, terdapat sebilangan kecil sahaja yang bersifat demikian dan ianya tidak melambangkan keseluruhan sesuatu kaum. Ramai tidak akan bersetuju bahawa sebuah negara hanya akan lebih baik jika diduduki oleh satu kaum sahaja. Walaupun terdapat perselisihan kaum yang berlaku selama lebih 40 tahun, masih terdapat banyak kelebihan yang tidak kita sedari.




Satu lagi ciri unik negara berbilang kaum adalah perkataan yang dipinjamkan yang selalu digunakan. Perkataan ‘tapau’ merupakan perkataan Cina yang bermaksud untuk membungkus makanan dan di Malaysia jika kita menyebut perkataan “Tolong tapau 2 nasi ayam”, pengendali restoran akan segera tahu maksudnya. Ketika meraikan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan Pesta Menuai (di Sabah dan Sarawak), adalah menjadi satu amalan untuk mengadakan ‘rumah terbuka’ untuk keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai. Di sini, semua orang dijemput untuk melawat rumah dan pada ketika inilah masa terbaik untuk menikmati pelbagai juadah dari setiap kaum dan etnik. Rumah terbuka bukan sahaja diamalkan oleh orang kebiasaan, malah kaum kerabat serta menteri-menteri juga mengadakannya. Hanya di Malaysia yang mengamalkannya.

Comments

Popular posts from this blog

Punca Berlakunya Masalah Perkauman

Sabda Nabi SAW:   “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani). Jika hal ini tidak dihayati, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Terdapat banyak punca yang boleh berlakunya masalah perkauman dalam pelbagai aspek, antaranya ialah: Aspek Individu   Keretakan perpaduan kaum selalu berpunca daripada individu sendiri. Apabila seseorang terpengaruh dengan kata-kata palsu wartawan yang dahagakan maklumat sensasi, mereka akan cepat mempercayainya lalu bermulalah adegan bermasam muka dengan individu lain. Dengan alasan individu tersebut menyokong fakta yang salah tanpa mengkaji terleb...

Kesan Perkauman kepada Sosial, Ekonomi dan Negara

Firman Allah: (maksudnya)  “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.  (Surah al-Hujurat: 13) Kesan Sosial Dari segi kesan terhadap sosial, dimana kita dapat lihat bahawa wujudnya salah faham dan buruk pandangan terhadap kaum-kaum lain kerana wujudnya sikap perkauman. Sikap perkauman ini akan membecah-belahkan kaum bukan sahaja memberi kesan dalam jangka masa yang pendek namun turut memberi kesan dalam jangka masa yang panjang. Kesan dalam jangka masa yang masa yang pendek, contohnya sekiranya orang melayu tidak diberi peluang pekerjaan di kebanyakkan perniagaan yang dipunyai oleh masyarakat Cina. Ini akan mewujudkan pandangan yang serong dan rasa tidak puas hati. Dalam j...

Kesimpulan

Kesimpulan Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesame sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan Negara.          Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita bersikap evasive mahupun ”bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”  kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.