Sabda Nabi SAW: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Jika hal ini tidak dihayati, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Terdapat banyak punca yang boleh berlakunya masalah perkauman dalam pelbagai aspek, antaranya ialah:
Aspek Individu Keretakan perpaduan kaum selalu berpunca daripada individu sendiri. Apabila seseorang terpengaruh dengan kata-kata palsu wartawan yang dahagakan maklumat sensasi, mereka akan cepat mempercayainya lalu bermulalah adegan bermasam muka dengan individu lain. Dengan alasan individu tersebut menyokong fakta yang salah tanpa mengkaji terlebih dahulu kebenarannya. Akibatnya individu tersebut mula bersikap dingin dengan orang yang mempunyai pendapat yang berlainan. Mereka juga tidak mahu terlibat dalam sebarang aktiviti yang berkait dengan perpaduan seperti gotong-royong, majlis amal, dan mesyuarat balai. Hal ini kerana, mereka bimbang akan pendapat yang bercanggah akan memburukkan lagi keadaan. Selain itu, mereka sengaja tidak mahu mendengar kata-kata individu dengan pendapat mereka yang pelbagai mengenai isu semasa. Mereka khuatir akan berlaku perbalahan hanya kerana hal yang remeh temeh.
Aspek Kerajaan
Selain itu, pihak kerajaan juga merupakan antara penyebab utama berlakunya masalah perpaduan kaum. Isu politik, isu rakyat dan isu perkauman yang terpapar di kaca televisyen dan dada akhbar sering dikaitkan dengan kegagalan kerajaan membentuk negara yang penuh perpaduan. Kesannya, kawalan keselamatan negara dipandang rendah dan semakin longgar. Tambahan pula, Negara akan menjadi huru hara dengan perhimpunan haram dan perbalahan akibat daripada perpaduan yang semakin pudar. Masihkah kita ingat pada tarikh 13 Mei 1969? Ia merupakan tarikh berdarah buat tragedi rusuhan perkauman yang menyedihkan ramai pihak. Selepas 47 tahun ia berlaku, terdapat tanda-tanda yang ia akan berlaku sekali lagi. Tragedi ini bukan sahaja menyebabkan hilangnya perpaduan kaum tetapi juga kehilangan nyawa orang tersayang. Sebagai generasi Wawasan 2020, marilah kita berikrar dengan Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran perlembagaan dan kesopanan serta kesusilaan. Marilah kita berpegang pada pepatah lama untuk memupuk semangat perpaduan kaum iaitu “Bersatu kita teguh, Bercerai kita Roboh ”.
Perkauman Dalam Politik
Politik perkauman bermaksud politik yang berunsurkan memperjuangkan sesuatu etnik atau kepentingan sesuatu kaum sahaja. Politik perkauman adalah bersifat racist kerana parti politik yang memperjuangkan idelogi ini terlalu melebihkan sesuatu kaum daripada kaum lain. Perkongsian kuasa hanyalah sekadar nama dan jenama yang sudah lama tidak dipraktikkan. Realiti politik di Malaysia pula sememangnya amat sukar untuk elak daripada isu dan politik perkauman
Politik perkauman bermaksud politik yang berunsurkan memperjuangkan sesuatu etnik atau kepentingan sesuatu kaum sahaja. Politik perkauman adalah bersifat racist kerana parti politik yang memperjuangkan idelogi ini terlalu melebihkan sesuatu kaum daripada kaum lain. Perkongsian kuasa hanyalah sekadar nama dan jenama yang sudah lama tidak dipraktikkan. Realiti politik di Malaysia pula sememangnya amat sukar untuk elak daripada isu dan politik perkauman
Sebagai penutup, topik yang dibincangkan iaitu “masalah perkauman”, usaha-usaha perlu diambil secara berterusan bagi memastikan hubungn etnik di Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Usaha-usaha ini adalah melibatkan peranan kerajaan, masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan. Apa yang penting dalam memastikan hubungan etnik sentiasa dalam keadaan baik, segala usaha ini perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat. Kepelbagaian budaya dalam negara Malaysia seharusnya tidak menimbulkan masalah perkauman. Setiap kaum ataupun etnik perlu tahu dan memainkn peranan mereka dalam memastikan konflik perkauman seperti peristiwa 13 Mei berulang semula. Perpaduan kaum ini amatlah penting bagi menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.
Comments
Post a Comment