Perkauman adalah kepercayaan bahawa kemampuan dan ciri-ciri yang dikaitkan dengan manusia adalah berdasarkan kaum dan sesetengah kumpulan kaum itu lebih tinggi kedudukannya dari yang lain. Sejak kebelakangan ini terdpat banyak isu terutamanya berkaitan dengan kaum dan etnik di negara kita.Terima kasih kepada media sosial kerana dengannya orang mulai bebas bersuara, menghentam, mengkritik dan menuduh mana-mana kaum sesuka hati mereka. Sesetengahnya akan memuatnaik gambar atau video mengenai kejadian pergaduhan kaum yang berbeza, pertengkaran atau percanggahan pendapat untuk hiburan orang ramai dan mereka yang melihatnya akan menafsir dengan mudah. Sesuatu perkara yang baik jika Malaysia berada sama paras dengan negara maju dari segi kemajuan teknologi. Tetapi, apa yang merisaukan adalah perasaan kebencian dan ketegangan yang boleh terkumpul antara kaum yang boleh tersebar melalui cara ini. Apa yang sudah terjadi kepada negara Malaysia kita yang tercinta? Mengapa kita berubah menjadi tak...