Skip to main content

Posts

Pendahuluan

Perkauman adalah kepercayaan bahawa kemampuan dan ciri-ciri yang dikaitkan dengan manusia adalah berdasarkan kaum dan sesetengah kumpulan kaum itu lebih tinggi kedudukannya dari yang lain. Sejak kebelakangan ini terdpat banyak isu terutamanya berkaitan dengan kaum dan etnik di negara kita.Terima kasih kepada media sosial kerana dengannya orang mulai bebas bersuara, menghentam, mengkritik dan menuduh mana-mana kaum sesuka hati mereka. Sesetengahnya akan memuatnaik gambar atau video mengenai kejadian pergaduhan kaum yang berbeza, pertengkaran atau percanggahan pendapat untuk hiburan orang ramai dan mereka yang melihatnya akan menafsir dengan mudah. Sesuatu perkara yang baik jika Malaysia berada sama paras dengan negara maju dari segi kemajuan teknologi. Tetapi, apa yang merisaukan adalah perasaan kebencian dan ketegangan yang boleh terkumpul antara kaum yang boleh tersebar melalui cara ini. Apa yang sudah terjadi kepada negara Malaysia kita yang tercinta? Mengapa kita berubah menjadi tak...
Recent posts

Punca Berlakunya Masalah Perkauman

Sabda Nabi SAW:   “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani). Jika hal ini tidak dihayati, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Terdapat banyak punca yang boleh berlakunya masalah perkauman dalam pelbagai aspek, antaranya ialah: Aspek Individu   Keretakan perpaduan kaum selalu berpunca daripada individu sendiri. Apabila seseorang terpengaruh dengan kata-kata palsu wartawan yang dahagakan maklumat sensasi, mereka akan cepat mempercayainya lalu bermulalah adegan bermasam muka dengan individu lain. Dengan alasan individu tersebut menyokong fakta yang salah tanpa mengkaji terleb...

Kesan Perkauman kepada Sosial, Ekonomi dan Negara

Firman Allah: (maksudnya)  “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.  (Surah al-Hujurat: 13) Kesan Sosial Dari segi kesan terhadap sosial, dimana kita dapat lihat bahawa wujudnya salah faham dan buruk pandangan terhadap kaum-kaum lain kerana wujudnya sikap perkauman. Sikap perkauman ini akan membecah-belahkan kaum bukan sahaja memberi kesan dalam jangka masa yang pendek namun turut memberi kesan dalam jangka masa yang panjang. Kesan dalam jangka masa yang masa yang pendek, contohnya sekiranya orang melayu tidak diberi peluang pekerjaan di kebanyakkan perniagaan yang dipunyai oleh masyarakat Cina. Ini akan mewujudkan pandangan yang serong dan rasa tidak puas hati. Dalam j...

Cara-cara Mengatasi

Inilah asas perpaduan yang terpenting. Inilah perpaduan yang menyelamatkan kita dunia dan akhirat. Firman Allah:  (maksudnya)  “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam). Saranan dan pengaruh daripada ibubapa Peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Orang pertama yang paling awal mendekati anak-anak adalah ibu bapa. Oleh itu fikiran dan kelakuan anak-anak akan dipengaruhi oleh ibu bapa mereka. Contohnya anak-anak mereka akan didedahkan tentang isu-isu kaum sejak kecil lagi. Disebabkan kebanyakkan ibubapa di Malaysia masih mempunyai tanggapan yang salah terhadap isu-isu kaum seperti peristiwa 13 Mei yang berlaku pada tahun 1969 iaitu rusuhan yang berlaku dan kemucak masalah perpaduan di Malaysia, maka mere...

Pengajaran

Inilah asas perpaduan yang terpenting. Inilah perpaduan yang menyelamatkan kita dunia dan akhirat. Firman Allah:  (maksudnya)  “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam). Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."  (Surah Ali ‘Imran ayat 103). Menolong seseorang berdasarkan agama memberikan ruang yang lebih terbuka daripada menolong seseorang berdasarkan bangsa. Ini kerana seseorang boleh memilih agamanya, tetapi tidak boleh memilih bangsanya. Pengajaran yang kita dapat ialah...

Kesimpulan

Kesimpulan Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesame sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan Negara.          Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita bersikap evasive mahupun ”bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”  kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.